Isnin, 2 April 2012

Pengacara TV Gossip Popular Lanyak Wanita Bukan Dira Melodi

Mesti ramai yang sudah baca berita tentang pengacara rancangan gossip popular serang wanita di pusat hiburan hari ini. Ada juga blog hiburan memberi pembayangnya siapakah pengacara tersebut.




Jika baca di sumber ini menyatakan pengacara tersebut benar-benar menjiwai ‘bunyi garang’ superbike sehingga terbawa perangai samsengnya ke kelab malam. Pengacara itu hadir ke kelab bersama rakan-rakan superbikenya.

Sumber ini juga menyatakan bahawa bukan sekali, tetapi lebih dari sepuluh kali mendengar aduan tentang sikap seorang pengacara wanita popular ini. Namun kes melanyak muka wanita di sebuah kelab hiburan itu rasanya sudah melampaui batas.

Rasanya ramai yang sudah boleh meneka siapa pengacara tersebutkan. Bukan banyak sangat rancangan gossip popular yang bersiaran di TV sekarang ini. 

Spekulasi mula bertebaran yang mengatakan pengacara yang lanyak wanita itu adalah Dira Abu Zahar, dari Melodi.

Dira Abu Zahar telah dihubungi oleh sumber ini untuk dapatkan penjelasan lanjut berkaitan spekulasi ini dan kisah pengacara gossip popular yang di’dakwa terlibat sama dalam insiden itu.

Dira Abu Zahar yang sedar akan berita itu agak terkejut apabila beliau terpalit dengan spekulasi yang mengatakan pengacara itu adalah beliau.

“Saya tiada masa’lah untuk ke kelab hiburan seperti di’dakwa apatah lagi cetus pergaduhan yang tidak baik begitu. Itu bukan saya,” ujar Dira Abu Zahar.

Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.

"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya.

Jadi siapakah gerangan Pengacara rancangan gossip popular yang melanyak wanita tersebut?.......


5 ulasan:

Ulasan WRATH OF THE TITANS berkata...

hah, spekulasi lagi. sat g jadi macam rotikaya ngan milia amelia baru tau

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

mcm2 la lepa ni kan...

Cikrosecute berkata...

no komen....siapa buat cerita nie.....

Tanpa Nama berkata...

kalau no comment xyah la komen. duhhh

theprofessor berkata...

Klu saya saya ada situ, saya pula akan pijak poen poen pengacara tu. Baru padan!