“Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya pada saat ini. Apatah lagi buat pertama kali menjadi seorang ayah, saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk merasai pengalaman ini. Sedar tidak sedar, rupanya saya akan beralih ke fasa baru iaitu berkeluarga dan menimang anak.
“Bagaimanapun, perasaan gementar itu memang tidak dinafikan tetap ada memikirkan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih berat. Setakat ini, saya dan isteri sudah ada beberapa nama untuk anak kami nanti namun belum memilih yang paling sesuai lagi." jelasnya gembira.
Anak lelaki Tomok |
Menurut Tomok, ini merupakan pengalaman yang paling berhargakerana beliau menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulungnya.
“Kiranya, bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna untuk saya kerana bukan sahaja menerima kelahiran anak pada bulan ini, malah filem sulung lakonan saya Mantera juga turut ditayangkan. Inilah antara hadiah hari lahir paling ditunggu-tunggu,” ujarnya.
Anak sulung penyanyi Tomok |
Isma kakak Tomok bersama anak saudara barunya |
Nama anak Tomok-Arrianshah Akid |
7 ulasan:
comel nya ..SP memang minat budak kecik ni ..kali terakhir, baby akak saudara, menangis SP gigit tangan dia yg tembam..hahahaha
comey macam papa dgn mamanyer.. congrate tomok..:)
macam nak cbt2 pipi dyer...
Tahniah Tomok dan isteri!
tahniah tomok dan isteri... dapat baby boy lagi.. seronoknya...
comel dan tembamnya ;)
tahniah buat tomok..dah jadi ayah
wah bam bam...cutenye
Alhamdulillah selamat anak dan ibu,tahniah!
Catat Ulasan