Khamis, 28 Jun 2012

Pelakon Kartina Aziz Rugi 10k Ketika Solat

Pelakon dan dramatis popular Kartina Aziz kerugian hampir RM10,000 termasuk RM4,000 wang tunai selepas kereta Toyota Camry miliknya yang diletakkan di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman dipecahkan pencuri, petang Isnin lalu.

Pelakon berusia 57 tahun itu dikatakan datang atas urusan penggambaran filem dan singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur pada jam 1.30 tengah hari.

Mangsa meninggalkan beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM4,000, pelbagai perhiasan, komputer tablet, cermin mata berjenama dan dokumen peribadi di kerusi pemandu sebelum mengunci pintu keretanya dan bergegas ke dalam masjid.

Menurut sumber, selepas menunaikan solat, mangsa terkejut apabila mendapati pintu keretanya bahagian pemandu terkopak akibat diumpil, manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam yang mengesahkan menerima laporan berkenaan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

8 ulasan:

Zulaikha Amielia berkata...

Lain kali kalau n pegi mana2. pakai kereta murah aje senang. Btw, jemput ke entry baru saya
http://eykaee.blogspot.com/2012/06/blog-post.html

Hudalatip berkata...

siannya, kenapa tak bawak sekali beg tu..hmm takde rezeki kan..

aku la... berkata...

insyaAllah..Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..pasti ada hikmah disebalik semua kejadian

aku la... berkata...

insyaAllah..Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..pasti ada hikmah disebalik semua kejadian

aku la... berkata...

insyaAllah..Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..pasti ada hikmah disebalik semua kejadian

Marina berkata...

setiap perbuatan ada balasannya...kan?

Irfa berkata...

beg tangan tinggal dalam keta adalah menarik perhatian orang yang berniat jahat..w,pun beg tangan itu kosong pencuri mana tahu..kalau x dapat apa2 pun yg pasti cermin keta tetap pecah jugak

moga diganti rezki yg lebih baik.sabar ye makcik Kartina

maszull berkata...

assalamualaikum CT...mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian tu...:)