Usaha untuk menghubungi pelakon terkenal, Liyana Jasmay itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu. Sebelum itu Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.
Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York.
Liyana Jasmay di NYC |
"Mereka (Liyana dan ibunya) duduk di rumah. Tidak pergi mana-mana. Kali terakhir bercakap dengan mama ialah 12 jam yang lalu. Sekarang, tidak tahu bagaimana keadaan mereka," ujar Adriana dalam akaun Twitternya pada pukul 11 malam kelmarin.
4 ulasan:
Harap semuanya ok untuk mereka.
Alhamdulillah, kita doakan mereka selamat.
harap2x semua selamat disana..insyak allah
Mudah mudahan mereka sihat dan selamat..begitu juga utk semua warga m'sia yg lain yg juga berada disana..doakan mereka
Catat Ulasan