Ahad, 10 Februari 2013

Majlis Pertunangan Dan Gambar Tunang Pierre Andre

Tak banyak yang boleh diperkatakan tentang majlis pertunangan pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre. Ramai yang sudah mengetahui penghijrahan Pierre dengan penampilan terbarunya sekarang yang lebih islamik. Baru-baru ini Pierre Andre telah selamat bertunang dengan gadis pilihan yang berasal dari Johor yang dikenali sebagai Nurhidayah.

Semoga ikatan pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin.

Majlis pertunangan Pierre Andre


Pierre Andre bersama tunang

Tunang Pierre Andre bernama Nurhidayah
update

Pengarah dan pelakon popular, Pierre Andre, 28, tidak berniat merahsiakan berita pertunangannya yang dilangsungkan Sabtu lalu kerana ia hanya dihadiri anggota keluarga rapatnya saja.

“Paling penting, saya akan maklumkan majlis akad nikah saya nanti,” katanya yang mengambil keputusan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan, Siti Nurhidayah Hashim, 25, selepas lapan bulan menjalinkan hubungan cinta.

Majlis pertunangan pelakon utama filem Jangan Pandang Belakang dengan model sambilan berasal dari Johor Bahru ini diadakan pada 9 Februari lalu. “Saya berkenalan dengannya sebelum berhijrah ke arah tabligh. Selepas kenal lebih setahun, saya mengambil keputusan mahu segera berkahwin,” katanya.

Menurutnya, dia merancang mahu melangsungkan majlis pernikahan pada September nanti, tetapi ingin mempercepatkan tarikhnya pada Jun ini. Selepas tujuh bulan berhijrah dengan imej baru berjambang dan mengenakan jubah, Pierre berasakan dia bersedia menggalas tanggungjawab suami.

“Penghijrahan saya bukan ke arah ekstrem sehingga menyalahkan orang lain. Sebaliknya, saya masih melalui kehidupan seperti biasa dan terus aktif dalam bidang seni,” katanya.

Pierre berkata, fokusnya pada bidang seni lebih terarah pada bidang pengarahan dan penulisan skrip. Namun, dia bersikap selektif terhadap tawaran lakon yang diterimanya.
PIERRE bersama Siti Nurhidayah pada majlis pertunangan mereka,
“Jika boleh saya elak berlakon adegan pegang tangan mahupun atas katil. Sesuai dengan hijrah, saya mahu terbabit dengan program berkonsep Islamik,” katanya.

Dia yang akan muncul sebagai pengacara satu program realiti bersama Astro Oasis, mahu bersama membimbing bakal isterinya ke arah kehidupan mengikut tuntutan agama dan gembira diterima keluarga kedua-dua pihak.

“Sehingga kini, masih ada peminat yang terkejut melihat perubahan diri saya. Apa yang saya lakukan bukanlah perubahan mendadak, tetapi saya bersyukur kerana terus mendapat sokongan peminat.

“Saya mengikuti kumpulan tabligh tiga kali sebulan dan pada masa lain, saya pakai seluar jean dan baju T,” katanya yang bakal muncul dua filem baru arahannya, Cerita Kita pada 7 Mac nanti dan Satu Lawan Satu terbitan MIG Pictures.




3 ulasan:

Sayidah Napisah berkata...

wahhh dah bertunang dah? tahniah..hihi

fyna ahmad berkata...

alhamdulillah PA sudah selamat bertunang. semoga cepat2 naik pelamin.

Unknown berkata...

Cantik tunangnya :)