Ct percaya sekarang ini ramai ibu-ibu susah nak mencari lampin pakai buang/diaper yang betul-betul sesuai untuk di kecil. Walaupun berlambak jenama di pasaran tapi jika tidak sesuai tak boleh juga.
Sekarang ini Ct nak share dengan ibu-ibu yang mempunyai masalah memilih lampin pakai buang/diaper. Anak Ct sekarang berusia 2 tahun. Jadi jumlah air susu yang diminum pun bertambah mengikut umur.Fakhrul sering mengalami kebocoran air kencing menggunakan jenama yang biasa Ct gunakan terutama waktu malam. Fakhrul pasti tak selesa tidur,kerana lampinnya cepat basah. Jadi Ct kena pastikan lampinnya ditukar untuk Fakhrul tidur lena sehingga ke pagi.
Tapi semenjak menggunakan Huggies Dry Pants baru senang hati Ct. Hanya perlukan 1 lampin aje untuk Fakhrul pakai sehinggalah ke pagi. Kadang-kadang dia tak bangun malam minta susu kerana tidur lena.
Huggies Dry Pants mempunyai peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran.
Huggies Dry Pants juga sesuai bagi bayi dan kanak-kanak yang aktif.Sangat mudah untuk menukarnya iaitu hanya koyak,salin dan lepas!.
Memandangkan umur Fakhrul sudah 2 tahun dan hampir nak masuk 3 tahun, seperti abang-abangnya yang lain, Ct akan mula mengajar membuang air kecil di bilik air. Selalunya dalam 2 jam sekali Ct akan buka kan lampin dan bawanya buang air kecil. Yang bagusnya bila gunakan Huggies Dry Pants Ct tidak risau sebab lampin itu boleh digunakan semula berbanding lampin biasa yang mempunyai pelekat yang selalunya akan hilang gamnya bila selalu dibuka.
Selalunya bila anak sudah berumur 2-3 tahun sifat berdikari mereka tinggi. Begitu juga Fakhrul. Dengan menggunakan Huggies Dry Pants secara tidak langsung Fakhrul sudah mula belajar memakai lampin sendiri kerana bentuk Huggies Dry Pants itu seperti seluar. Walaupun pada permulaan susah,tapi dengan latihan setiap hari pasti Fakhrul akan berjaya.
Huggies juga adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin.
Jadi bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari lampin pakai buang/diaper yang sesuai untuk si kecil saya cadangkan mulakan dengan Huggies Dry Pants.Ingat "Tukar untuk lebih senang dipakai". Pasti ibu-ibu akan dapat merasakan perbezaanya dari lampin pakai buang yang lain.Kini Huggies memberi sample percuma jika ingin mencuba, sila ke http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx untuk maklumat lanjut.
Huggies ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.huggies.com.my/ atau https://www.facebook.com/HuggiesMalaysia
3 ulasan:
Kalau akak bawa Mila gi mall dari jauh lagi dia dah kenal ni.
@Kak Mahh
sama lah kak,anak ct dah suka pula pakai lampin yg ini,rajin betul nak pakai sendiri
yes. once anak da bleh jalan, drypant memang yg paling sesuai...
Catat Ulasan