Majlis pernikahan izzue Islam dan Awin Nurin |
Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11
Izzue Islam dan Awin Nurin-selamat pengantin baru |
Hantaran perkahwinan selebriti izzue Islam (pelakon utama drama saya isteri dia) |
Pelamin perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin |
Dalam majlis itu, pihak pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran berbalas 9. Izzue bagaimanapun belum memutuskan untuk berbulan madu.
Menyingkap semula kisah cintanya bersama Awin, pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu menjelaskan, dia mula rapat sejak mengenali wanita itu lima tahun lalu.
“Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang.
“Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri,” kata pelakon drama Sebenarnya Saya Isteri Dia itu.
Walaupun sudah bergelar suami, perjalanan karier nyanyian dan lakonan pelakon filem 29 Februari dan Chikaro itu dijadualkan berjalan seperti biasa.
gambar kredit http://www.malaysiandigest.com/
2 ulasan:
selamat pengantin baru kepada beliau...
tahniah & selamat pengantin baru.. =)
Catat Ulasan