Hari ini nak share hasil jahitan dari kain Songket. Sekarang saya memang suka jahit beg dari kain songket. Kebetulan ada pelanggan yang menempah 10pcs Clutch Purse. Jika ada sesiapa yang berminat ingin menempah menggunakan kain songket, kain adalah dari pelanggan sendiri. Saya tak menyediakan kain terutama dari kain yang agak mahal.
Kenapa saya suka menggunakan kain songket? Kerana hasil beg yang telah siap, kemas dan nampak eksklusif walaupun hanya pattern ringkas sahaja.
Koleksi kain songket berbagai corak |
Clutch Purse ini berukuran 9x6". Mempunyai 1 poket berzip dibahagian dalam. Hanya menggunakan button magnetic.
bahagian dalam songket envelope clutch |
6 ulasan:
Salam, alahai...cantiknyaaaa hasil dia..owh bagus juga cara tu, sbb songket mmg mahal kan..nice lah, hasil mmg nampak ekslusif :D love your job!
salams ct, cantiknyaaaa...terpegun akak:)
Terimakasih kak Amiizaa.kain songket tu yg cantik..patternnya simple je
Lynn damya songket mmg mahal,nak potong tergetar tangan,takut tersilap,membazir kain nanti....
serious kreatif :D
Salam, berapa yea tempahan cluth ni?
Berapa lama boleh siap?
Catat Ulasan