Rabu, 16 Mei 2018

Cara mudah dan ringkas buat beg

 Seperti biasa setiap tahun,16hb mei adalah sambutan Hari Guru. Dan seperti biasa juga hadiah untuk guru anak-anak mesti ibunya kena buatkan. Disebabkan kepakaran saya adalah menjahit, jadi mestilah guru anak-anak dapat 1 beg. Guru kelas je ya... hi..hi.hi...

 Memandangkan semalam baru saya mula menjahit, ha..ha..ha.. jadi beg mestilah mudah, ringkas dan bersaiz comel je. Nak siapkan 3 biji tu...
 Dah habiskan masa 2 3 jam mencari kain, akhirnya kain linen panel menjadi korban kali ini. Kain ini saya dah simpan 3 tahun sebab sayang sangat. Kain ini satu panel ada 4 corak. Jadi setiap corak mempunyai warna berlainan.
 Kebetulan pula https://www.bagstockdesigns.com bagi pattern free. Pelican Tote boleh di download di website. Untuk mereka yang baru nak mula menjahit bolehlah cuba pattern ini. Mudah dan senang di fahami tutorialnya.

Menggunakan zip resin 3V kerana lebih sesuai digunakan memandangkan tote bag ini saya sudah kecilkan saiznya kepada 85%. Kain linen untuk bahagian luar dan dalam beg. Pelican Tote dari Bagstockdesign ini hanya  ada button magnetic untuk menutup beg. Cotton webbing bersaiz 1inci untuk tali begAkhir sekali  dihias dengan aksesori metal dan PU leather logo HANDMADE. Semua bahan ini boleh didapati di bebagmaker.com .


Saya ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Malaysia khususnya kepada guru-guru sekolah TTJ2 kerana jasa kamu mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna dimasa hadapan.
SELAMAT HARI GURU.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Boleh bagi senarai bahan dan aksesori...please