Pernah dengar nama kuih ni?....atau pernah rasa?....mmmmm.Ct rasa sesiapa yang duduk kampung atau duduk Felda mesti dah pernah rasa kuih ni,masa kecil-kecil dulukan.Masa dulu tak ramai yang berniaga kuih-muih,kenalah emak yang buatkan kalau tetiba tekak tu teringat nak makan yang pelik-pelik. Masa sekarang bila-bila masa saja boleh beli,macam-macam kuih ada,nak makan waktu pagi,petang,malam (dipasar malam) pun ada.Tak payah susah-susah nak buat lagi.
Sempena cuti Tahun Baru Cina tempoh hari,Ct sekeluarga balik kampung (sebelah hubby) di Pasoh Satu.(kena cari di google map la ye kalau nak tahu kat mana). Kalau nak cepat sampai boleh la ikut Jalan Bukit Tangga,dan kalau rasa-rasa nak singgah dulu Jeram Ulu Bendul ikut Jalan Bukit Putus.Pelik nama jalannyakan.
Angah dalam kebun Atuk |
Buah kelapa sawit |
2.Ambil dalam 2kg buah kelapa sawit.(Agak-agak hampir setengah tandan kelapa sawit).Basuh,tapis.
3.Lepas itu buangkan sedikit dipangkal dan bawah buah.Untuk pengetahuan semua dibawah buah kelapa sawit tu ada macam duri(tak tahu apa nak panggil),perlu dibuang untuk tidak menyakitkan tangan didalam proses seterusnya.
Buah yang telah dibuang pangkal dan bawahnya |
4.Masukkan buah kedalam periuk,untuk direbus sehingga empuk.Anggaran airnya,sehingga menutupi buah kelapa sawit.
Hampir empuk. |
Sedang mengunakan tenaga untuk meramas semaksima yang mungkin. |
Sudah siap ditapis. |
Bekas yang digunakan untuk membakar kuih |
Kita iklan dulu........."Tengok mak,saya pun boleh masak"
Iklan lagi............"Esok nak masak macam ni lah"
Bila sudah masak kuih hendaklah disejukkan dulu kerana senang untuk kita memotongnya.Maaf lah gambar kuih yang telah siap dimasak tak sempat diambil.Masing-masing makan dengan berselera sampai habis.Disebabkan Luqman makan dengan kelajuan 60/kmj,sempatlah ambil gambar kuih yang tinggal separuh tu.
P/S-gunakan mana-mana cawan kat rumah tu untuk menyukat(pastikan gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan-bahan)Emak-emak kita kalau buat kuih mana gunakan timbang,pakai campak aje,tapi menjadi pulakan.Mungkin resepi ini hasilnya tak sama antara satu dengan yang lain,sebab skill memasak tak samakan.
Kalau ada sesiapa yang pandai buat kuih ni boleh la share dengan Ct.Ct pun baru belajar,ilmu pun belum habis menuntut kat emak mertua.Manalah tahu ada resepi dan cara yang lain pula nak buat kuih bingka buah kelapa sawit ni.
7 ulasan:
Salam petang,
terima kasih CT singgah keblog kak nur yg tak seberapa tu...belum pernah mkn kuih ni...rasanya akak ni jakun kot? Hehehe.
Entah-entah Ct yang jakun kot,buah kelapa sawit pun nak makankan....ha..ha..,tapi kalau dah rasa memang nak lagi...
oh tak pernah tp pernah dengar org ckp buah kelapa sawit sedap..huhu
bee follow ct yer..terima kasih dtg komen di blog bee..salam perkenalan
Ni first time tengok orang masak buah sawit buat bingka.
makan bingka belum lagi kak tapi kecik2 dulu selalu kutip kat kebun..rebus makan yang dah rebus tu je
itu po sodap..hahahah
teringat zaman kecik2 dulu..mak ada buat kuih ni...dah berabad tak merasa..
La...mne pic kuihnya....
Catat Ulasan