Namun ada beberapa masalah jika meletakkan anak-anak dibawah jagaan datuk dan nenek.
1. Anak-anak lebih menyayangi datuk dan nenek daripada ibu bapa mereka sendiri kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama. Ibu bapa juga terpaksa menghadapi datuk dan nenek yang terlalu memanjakan cucu.2. Persaingan merebut kasih sayang juga terjadi antara datuk dan nenek daripada kedua-dua belah pihak. Dalam situasi begitu, ibu bapa tersepit ditengah-tengah antara ibu bapa sendiri dan mentua.
3. Anak-anak cepat belajar bahawa terdapat dua peraturan. Satu peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa dan satu lagi peraturan datuk dan nenek. Anak-anak boleh memperkotak-katikkan kedua-dua belah pihak.
4. Timbul konflik antara ibu bapa dengan datuk dan nenek dalam cara membesarkan anak-anak. Bukan mudah untuk meminta orang tua mengikut cara kita dalam mendidik anak sepertimana kita menyuruh pembantu rumah mengikut peraturan tertentu.
Time to pamper your family with space
Kata hubby, dulu terutama bapanya amat tegas dengannya ketika dia kecil. Tetapi dengan cucu, mereka lebih berlembut. Namun begitu mereka tetap mendisiplinkan anak Ct. Walaupun sehingga sekarang Ct rasa kedua-dua anak Ct lebih menyayangi datuk dan neneknya dari kami, (tidak menunjukkan secara berlebih-lebih sebab mereka pun dah besar) Ct tidak berkecil hati kerana mertua berhak mendapatkannya, sebab mereka mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak kami semasa menjaganya dulu. Ct amat berterima kasih kepada mertua dan budi mereka tidak terbalas rasanya.
1 ulasan:
kalau saya lah, saya taknak hantar anak ke rumah ibu bapa saya..bukan apa, dulu pun mereka jaga saya sampai lah besar.. takkan lah saya nk nyusahkan mereka lagi. tapi memang ada, ibu bapa yang nak jaga cucu sendiri kan.. tapi tulah, nanti anak akan lebih pada atuk & neneknya..
Catat Ulasan