Kematian adalah detik perpisahan yang abadi dan kekal. Mereka yang ditinggalkan pasti hiba dan sebak. Menangis dianggap meleraikan kekusutan jiwa dan memberi sedikit ketenangan. Sejauh mana tanggapan ini benar?
Opera Mini-download and it is FREE now
Tangisan sewaktu berhadapan dengan kematian, dilarang menjerit, meratap atau melolong sehingga diluar kawalan. Kita perlu ingat, tangisan yang meratap hiba ini hanya menyebabkan jenazah terseksa. Apabila berdepan dengan kematian, terutama kaum keluarga terdekat atau orang yang disayangi, sebaik-baiknya mereka hendaklah reda dengan ketetapan Ilahi.
Kelaziman manusia, mudah menitiskan air mata terutama apabila berlaku sesuatu menyentuh perasaan. malangnya, titisan air mata yang mengalir itu tidak bermakna dan tidak menyumbang kepada keutuhan jiwa. Tangisan yang hebat disisi Allah apabila ia menangis kerana cinta dan takut kepada Allah.
Dapatkan 2 unit iPad setiap minggu pada bulan Jun ini.(Post like a star Contest)
Yang pergi, biarlah pergi. Kita yang tinggal selain menangis, lebih afdal dikirim pemergian mereka dengan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran. Selebihnya kita hendaklah bertenang dan melihat segala yang berlaku dengan penuh rasa takwa dan iktibar.
Simpan sebahagian air mata untuk sujud kepada-Nya. Tidak perlu berlinang-linangan menyesali orang yang pergi. Lebih mulia air mata mengalir apabila ia untuk menyuburkan kecintaan ke hadrat Allah. Malah ulama pernah menyebut, cuculah wajah dengan air mata, cucu lidah dengan berzikir, cuci hati dengan ketakutan keapda Tuhan dan cuci dosa dengan taubat nasuha. Ini lebih bererti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan