Info ini sudah lama tapi Ct ingin berkongsi dengan mereka yang mungkin belum tahu tentangnya lagi. Ct pun baru tahu bila ke blog umedianetwork. Proton telah mengeluarkan model konsep untuk penghargaan kepada pahlawan legenda Melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kereta-kereta tersebut telah dinamakan sempena nama Pahlawan Melaka iaitu, Tuah, Jebat, Lekiu, Kasturi, dan Lekir. Model konsep ini telah dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS 2010).
Proton Tuah
Proton Jebat
Proton Lekiu
Proton Kasturi
Proton Lekir
Proton konsep yang dipertontonkan itu hanyalah model tanah liat, sekadar untuk menunjukkan kepada umum tentang gambaran sebenar model Proton pada masa akan datang. Sama ada menjadi realiti ataupun tidak kita tunggulah nanti perkembangannya. Dengarnya salah satu model tersebut akan memasuki pasaran seawal-awalnya pada tahun 2012.Untuk video klik sini
Lagi banyak gambar klik sini
Kredit untuk klik sini
8 ulasan:
Perhhh seriussss meletupssss
wow..nak 1 ley ??
@juanita
cantikkan,ct suka proton lekiu
@ika
kena tunggu yg betul2 keluar lah,baru boleh beli
cantiknyaa.. kalau utk famili lekiu kalau utk sport lekir kan ct
seblom ada tgk prototype dia.. memang menawan gilos lah!!!!
@Puanbee2
cantik mmg cantik,harganya tak tahulah lagi berapa
@| xDer |
itulah ramai yg suka,klu dikeluarkan betul2 pun rasanya mesti dpt sambutan
Catat Ulasan