Selasa, 9 Ogos 2011

Maklumat dari Halal Malaysia mengenai isu status Halal produk SimplySiti


Sabtu lalu, Dato' Siti Nurhaliza selaku Presiden SimplySiti mengeluarkan KENYATAAN RASMI berkenaan isu tersebut. Jadi adalah tidak adil kita mendapat maklumat dari sebelah pihak aje.
 Bagi pengguna produk SimplySiti yang masih lagi ragu-ragu tentang status Halal produk ini bolehlah ke Halal Malaysia.

Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Permohonan Bagi Luar Negara 2011 mengesahkan produk SimplySiti yang dikeluarkan oleh Simplysiti Sdn. Bhd. mendapat pengesahan tanda HALAL.

Tempoh sah bagi 8 produk yang dikilangkan di Korea itu bermula pada 1 Mei 2011 hingga 30 April 2013. Sijil pengesahan HALAL tersebut bernombor A 00363.

Manakala tempoh tamat bagi 4 produk lain iaitu C-BRIGHT CLEANSING LOTION, C-BRIGHT WHITE TONER, NEW AGE HYDRATION TONER dan NEW AGE PURIFYING CLEANSER akan berakhir pada 15 April 2012.

Hujung minggu lalu kecoh di laman blog yang menyebarkan salinan surat dari Jabatan Agama Islam Pahang berkenaan berus yang digunakan dikatakan diperbuat dari bulu babi .Tq gua.com


5 ulasan:

AZRI berkata...

woo,berita HOT ni..

eh eh,jom la join:

http://ping.busuk.org/view/15828

Unknown berkata...

ini blog asal malaysia ya?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

eemmm...bagus la kalau dah ok...

TAPI kakD tak pernah pakai pun simplysiti ni...

Ummi Hanie berkata...

halal kan produk tok ti ni ... dia dah buat kenyataan ari tu ... apa pun, masih belum cube lg mana2 produk dier

ct N honey berkata...

@Said Arsyad
ya,ini portal rasmi halal malaysia