Rabu, 28 September 2011

Gambar sekitar majlis resepsi 12 juta Norman Hakim dan Memey-New York Look

Semua orang telah mengetahui Norman Hakim telah melangsungkan perkahwinan kali keduanya dengan Memey Suhaiza. Mereka membuat resepsi secara sederhana bagi pihak perempuan di Kota Tinggi Johor 25 Sept 2011 yang lalu. Malam ini sekali lagi Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengadakan majlis resepsi, bertempat di Hotel Crowne Plaza Mutiara. Tapi kali ini resepsi ini telah di adakan secara besar-besaran yang menelan belanja hampir RM12 juta yang telah ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia.
Norman Hakim dan Memey dalam majlis resepsi 12 jutanya
Majlis resepsi perkahwinan Norman dan Memey adalah bertemakan New York Look. Dijangka seramai 80 hingga 100 artis telah diundang untuk memeriahkan majlis respsi mereka. Selain rakan artis turut diundang adalah rakan media. Hanya 200 tetamu yang dijangka hadir pada hari tersebut.
Dr. Jimmy Choo dan teraju utama Rafflesia bergambar bersama Norman dan Memey
Memey artis pertama yang memakai kasut yang direka khas oleh pereka kasut terkenal, Professor Dr. Jimmy Choo. Kasut yang direka khas hanya untuk persandingan Memey itu bernilai RM300 000 sepasang.
Miera Leyana, Julia Ziegler, Nurfathia dan Eina menjadi pengapit pengantin wanita manakala Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal mengiringi Norman.
Sebanyak dua set barang kemas telah direka khas oleh Rafflesia untuk Memey pada hari resepsi ini. Setiap set barang kemas yang terdiri daripada rantai, cincin dan anting-anting itu bernilai RM2.8 juta.
 Pada acara memotong kek Memey mengenakan gaun Vera Wang yang dibeli dari agen di Hong Kong. Dresnya ditatah dengan mutiara Rafflesia.
Tetamu dihiburkan oleh Fauziah Latiff, Azhar Osman, Farhan, Deja Moss dan koir pimpinan Khairy Leman.

Antara artis yang memeriahkan ialah Farahdhiya, Diana Rafar, Syafinaz Selamat, Didie Alias, Iqram Dinzly, Kilafairy dan ramai lagi.

Gaun mutiara Rafflesia direka oleh tiga pereka tempatan dan ia bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
  
 
 
Busana yang digayakan oleh Memey dan Norman serta ‘bridesmaids’ dan ‘bestmen’ untuk majlis ini akan dipamerkan di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember hadapan untuk Pameran Busana Perkahwinan Mutiara.
 Pasangan pengantin bermalam di Royal Suite, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur. Bilik ini pernah menempatkan beberapa VIP dan kerabat Diraja seperti Nelson Mandela, Lee Kuan Yew dan Puteri Margaret. 


Pss..ss
Dari yang Ct baca dari Fb, banyak juga isu-isu yang akan timbul selepas majlis itu nanti.
1.Norman dan Memey hanya jadi model pakaian dan barang kemas dari tajaan itu aje, bukan jadi pengantin yang sebenar-benarnya malam itu.Sebab namanya pun di sponsor jadi kenalah ikut kehendak mereka.

2.Perkahwinan 12 juta yang di kecoh-kecohkan selama ni, macam indah khabar dari rupa aje. Dari makanan hinggalah ke jumlah jemputan, kalau dibuka buku prinsip akaun memang ada yang tak kena dengan jumlah 12 juta tu. 

3.Ini lagi sakit hati, dengarnya dalam majlis tu jemputan di iringi dengan alunan lagu berentak jazz, sambil-sambil tu ada juga muzik dan nyanyian ala-ala lagu gereja. (mungkin koir tu dari gereja,tapi nyanyikan lagu rentaknya macam lagu gereja)

Cerita ini hanyalah dari hasil bacaan Fb Ct aje, ye...betul atau tidak tidak dapat di pastikan. Maklumlah Ct ini bukan salah seorang jemputan yang seramai 200 orang tu. Ini hanya khabar-khabar angin maklumlah  mesyuarat tingkap.... Apa-apa pun kita tunggulah komen dari wartawan dan jemputan majlis itu nanti sedikit hari lagi, sama ada betul-betul superr... ke majlis tu. 


24 ulasan:

Cetak Baju For U berkata...

gile lah..ape untungnya sposor dorg ni sampai 12 juta? haishh... neway dah rezeki dorg kan.. layankan aje..hehe

isma berkata...

walaupon belanaj juta2... jemputan 200 je.. kedekut betol nak kasi derma... kaya lagi org kmpung.. jemputan cecah 1k.. dermawan dan lagi jutawan...

Nik berkata...

ni ker majlis 12 juta.naper mcm gambar lama jea..huhu
baju pun mcm tak mearik jea.

NazurahMN berkata...

over taw . tak sukenyeeeeee =='

FaKArePa!n berkata...

untungla...

Jendela Hati berkata...

kalu kawen nie mcm tak selesa je sbb mcm bukan majlis sendri, dok ikut rentak org rasanya...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

susah la nak dapatkan berkat perkahwinan kalau dah gini gayanya. tak pe la.... kita doakan yg terbaik sajer...

Nasuha Suhada berkata...

tak suka diorang.. kahwin berjuta-berjuta..membazir je..

Tanpa Nama berkata...

kawen tp ikut adat gereja! puiii!! ape kebenda laaaa.. semoga korg kekal smpai bila2.. tu pun kalo KARMA xdtg balik.. WHAT GOES AROUND COME AROUND bebeh! ~ya allah ampunilah hamba mu ini..mengumpat di pagi hari~

Munn Jaafar berkata...

tul jgk...kalau di sponsor sepenuhnya mmg jd 'pak turut' je lah..

Tanpa Nama berkata...

ketat nyer suar norman.. tggu nk koyak je tuh..haha

Tanpa Nama berkata...

mcm omputih kawen jer...

Tanpa Nama berkata...

hodohnya bila org besar pkai bju ala budak2 flower girl..nmpk menyemak je dorang 4 org tu kat pengantin..

Tanpa Nama berkata...

muka tak de seri langsung,acara perkahwinan tiada unsur2 keislaman dan adat malayu(astaqfirullah alazim)

Tanpa Nama berkata...

muka memey dah la org kampung! ala2 mok cik gitu...ade ke bajet muke kiut nok pakai gaun kiut camtu. xsesuai langsung! majlis org islam, pakaian perkahwinan xde berunsur islam. artis lain pon perkahwinan berjuta2 jgk, sekurangnyer ade jgk berunsur islam. bile la korang nk insaf! menci aku dgn memey.

Tanpa Nama berkata...

takpelah, dulu kahwin sorok2. biarlah dia nk kahwin gah2 pulok *pedas tak?* hihihi :p

FiqaSaleh berkata...

hmmm..

Tanpa Nama berkata...

tgklah smpai bila...Allah maha Mengetahui...

Tanpa Nama berkata...

meluatnya!!!!!

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi sepatutnya sebagai artis tunjuk contoh yg baik.ada masa kahwin pakai skirt pendek,dah tu mcm style kahwin kat church je.apsal tak panggil paderi je.bodoh memalukan nama org islam je.ni klu org kristian tgk mesti diorg happy psl org melayu ikut style diorg

Tanpa Nama berkata...

hilang abis ciri2 pkhwinan org islam..dh npk mcm org barat dah..dgn gaunnya mcm tu..aurat dedah sana dedah sini..
:(

Tanpa Nama berkata...

Btl tu perkahwinan yg xde usur islam. Alah biasalah tu nak menunjuk2. Klu mcm ni lah ramai org nak buat 'isu glamor', blhlah kawin sponsor.

Tanpa Nama berkata...

bahagia ats ksengsaraan org laen..kawen bkn cara islam..pkai ala2 pompuan kristian daa....dh ramai org x suka ko..buat lak mcm ni..lagi btambah2 meluat laa....

SweetOuju berkata...

not my favorite artist!!!