Khamis, 29 September 2011

Majlis perkahwinan Chef Riz (anak Chef Wan) dan Ana Dahlia bakal bertemakan perkahwinan ala Barat.

Bukan menjadi rahsia lagi hubungan Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30 juga sekarang ini telah menjadi juri dalam rancangan MasterChef Malaysia yang bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dengan Ana Dahlia,28 setelah mereka mengumumkan status mereka pada pertengahan bulan Ogos yang lalu. Namun baru-baru ini heboh mengenai status Ana Dahlia yang telah bergelar janda.
Chef Wan sebelum ini menyatakan dengan tegas bahawa dia tidak kesah status Ana Dahlia kerana yang penting ialah kebahagiaan anaknya.
"Benda yang halal nak dirikan masjid buat apa kita nak mempertikaikan kisah yg lalu?" tegasnya baru-baru ini. Malah dia juga seolah-olah kecewa dengan segelintir wartawan yang gemar memperbesarkan isu tersebut berbanding program masakannya yang tidak mendapat publisiti.

 "Di Malaysia ni press kalau dapat cerita-cerita begini kelam-kabut nak talipon i mintak komen sana sini, silap hari kena carut atas bawah dari i nanti! Pasal nak telanjang kan orang bagi lah sesetengah mereka tu tapi jika cerita i pi satu dunia promote malaysia ini sometime ada media kita minta buat write up pun haram tak datang," dakwa Chef Wan penuh emosi.

Walaupun dilanda gosip kontroversi tersebut, ataupun mungkin juga ingin menutup cerita, akhirnya Chef Wan tanpa berselindung membuka rahsia yang dia merancang untuk menghantar rombongan ke Taiping, Perak bagi meminang Ana Dahlia, 28, pada 4 Oktober ini. Lebih manis, Chef Wan juga mahu menyatukan anaknya Mohd. Nadzri, 30, selewat-lewatnya minggu kedua Disember tahun ini juga.
"Semuanya akan berlaku selepas saya selesai bercuti selepas krismas nanti bersama rakan-rakan dari London ke pulau peranginan eksotik di Thailand. Saya fikir saya akan buat parti kecil di kalangan rakan-rakan rapat tanpa gaya Tradisional Melayu untuk 'Bridegroom reception'.
"Kali ini saya telah membuat keputusan untuk melakukan resepsi yang kecil tetapi meriah dengan hanya 500 tetamu bersama muzik dan tarian majlis perkahwinan gaya barat. Ia mungkin akan diadakan di pusat peranginan seperti Langkawi, Kedah. Intim, bergaya dan hebat!" ujar Chef Wan melalui Facebooknya.
Seorang lagi selebriti yang akan naik pelamin nampaknya hujung tahun ini. Walaupun ini hanya rancangan Chef Wan, semoga niat yang baik itu akan dipermudahkan oleh Allah. Apa-apa pun tak sabar juga nak tengok majlis itu nanti. Walaupun mungkin tak sehebat majlis Serina tapi pasti gempak juga nanti www.myartis

6 ulasan:

Unknown berkata...

taktau pulak chef wan ada anak yg juga merupakan chef jugak..haha ketinggalan btoi saya ni.. :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

kakD pun baru tau kata ada lg ank chefwan ni ye...

ana dahlia tu sapa?waduh2 ketinggalan betoi la kakD ni.....

Nur berkata...

Turn anak teruna chef wan pula. Nak kawin orang perak pula tu. :)

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ana dahlia tu pelakon..

ct N honey berkata...

@Yati
orang senegeri yati kan?

ct N honey berkata...

@p!q4h b@guss
anak chef wan ada 2 orang aje