Pada majlis akad nikah tersebut, pihak perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran antaranya cincin beserta rantai, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan kecantikan Forest Secret, Al-Quran digital dan telekung.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan antaranya berupa sebentuk cincin, kamera Nikon, I Phone 4, jam tangan Tag Heuer, penjagaan lelaki Forest Secret, Al-Quran, buah, cupcake serta sirih junjung.
“Memang pada awalnya saya mahu buat ‘beach wedding’ di pihak saya tetapi kalau buat resepsi dekat pantai cuma 200 lebih sahaja jemputan yang boleh hadir. Sedangkan saya mahu jemput bukan sahaja keluarga tetapi juga rakan media dan peminat untuk hadir di majlis itu nanti.
“Disebabkan itu, resepsi pantai akan diadakan di sebelah pihak Heykal manakala saya pula akan mengadakan majlis resepsi di dewan,” katanya yang akan menjemput lebih 2,000 orang tetamu.
Selamat pengantin baru Faezah Elai, semoga kebahagiaan akan sentiasa mengiringi selalu dan berbahagia keakhir hayat.
16 ulasan:
canteqnye dye..hehehe
terselah kecantikan faezah nie..baju pun vogue g tue
moga bahagia selamanya...
ye lee semoga bahagia selamanya.. cantiknya raja sehari nie..
wah....
Semoga berkekalan sehingga akhir hayat !..
santek nyer pakai gaun.. sronok gak buat kat pantai.. heeh
oklatewwww
cantik...
moga mereka bahagia sentiasa walaupun kontroversi...
@norinaomar
hrp2 selepas ini tak de lagi kontroversi
@eva
mcm mana pula design baju yg buat kat pantai nantikan,mesti lagi cantik
@Elih Japahar
setiap pasangan pengantin mmg inginkan mereka berkekalan sehingga akhir hayat.
@aimaniman
bila dah jadi pengantin,lagilah bertambah cantik
@NzA
amin,hrp cam tu lah
@kayrul-shah
dari pereka terkenal mmglah cantik,sponsor aje tau
@ika
anak mami
Catat Ulasan