Ahad, 2 Oktober 2011

Gambar Istana daripada 2,500 batang aiskrim

ISTANA itu dibina menggunakan lebih 2,500 batang aiskrim Paddle Pop yang disusun rapi manakala rekaannya pula menggabungkan ciri seni bina istana Eropah dan Melayu. Hasilnya cukup sempurna dan mempesonakan setiap mata yang memandang sehingga sukar dipercayai ia hasil tangan empat murid sekolah rendah. Kesempurnaan dan kreativiti rekaan murid Sekolah Kebangsaan Sri Bintang Selatan (SKSBS) itu melayakkan mereka meraih tempat pertama dalam pertandingan Paddle Pop Kingdom Quest, baru-baru ini.
Lebih menarik, seni bina istana itu tidak langsung menggunakan apa-apa bahan untuk menyokongnya berdiri sebaliknya menggunakan 100 peratus batang aiskrim dan ia menjadi kelebihan pada pasukan ini. Istana bersaiz kira-kira empat meter persegi itu lengkap dengan pengawal di setiap penjuru istana. Hiasan pokok dan binaan jambatan serta sungai menambahkan lagi kecantikan istana itu.

Nyata, idea Nur Farisya Jaffar, 10, Tang Zhi Hoh, 10, K Tirruselvam, 10, dan Zahirah Mohd Yusof, 11, begitu menakjubkan kerana mereka mampu menghasilkan sebuah istana yang cantik.

 Kemenangan itu melayakkan mereka menerima hadiah utama, wang tunai RM3,000 serta sijil penyertaan. Tempat kedua diraih Sekolah Kebangsaan (SK) Sementa, Klang manakala tempat ketiga, SK Bukit Jelutong masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000. 
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Jenama Wall’s Aiskrim, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Chan Meng Yang berkata, pertandingan itu mula dilancarkan pada Mei lalu dan berjaya menerima penyertaan lebih 100 sekolah di Lembah Klang. 
Paddle Pop membekalkan kira-kira 500 batang aiskrim pada setiap pasukan. Diwajibkan menggunakan 80 peratus batang aiskrim dan selebihnya boleh menggunakan material lain untuk dijadikan hiasan. 

Katanya, dalam tempoh tiga bulan, peserta yang layak perlu menyiapkan hasil mereka dan akan dinilai pada hari kemuncaknya iaitu hari penentuan yang penilaian dilakukan juri.

“Terdapat pelbagai cara kreativiti boleh dipupuk di luar bilik darjah dan kami gembira dapat memberikan murid terbabit peluang mengekspresi daya kreativiti mereka yang ingin mempamerkan rekaan menakjubkan menggunakan perkakas mudah seperti batang aiskrim,” katanya. hmetro


6 ulasan:

Unknown berkata...

kreatipp...cun kan...

Cik tikah berkata...

comel! :)

Elih Japahar berkata...

Sangat kreatif...:)

teratai berkata...

daya imaginasi yg menyerlah!suka...:)

teratai berkata...

x pernah sampai lagi kat i-city ini, teringinlah pulak pergi bila tengok gmbr2 yg meriah tu...

puanbee berkata...

pandai jugak dia ..