Jumaat, 27 Januari 2012

Penjelasan Tasha Shilla Mengenai Gossip Menari Ghairah di Rootz.

Rasanya ramai yang sudah baca mengenai gossip Tasha Shilla, dikatakan asyik menari secara ghairah di sebuah pusat hiburan terkenal semalam. Lebih panas lagi Tasha didakwa artis baru itu menari ala “pole dancing”, sejenis tarian ghairah yang sangat popular di kelab-kelab tarian bogel di luar negara. Tasha dikatakan baru pulang dari Perth, Australia baru-baru ini dan menyambut hari lahirnya yang ke-25 di pusat hiburan popular di sini, Rootz.


Akibat cerita yang kurang menyenangkan itu Tasha Shilla telah memberi penjelasan di FB beliau.

"Kebenarannya.. Tasha menari biasa2..Sekadar free dance.. Sebelum Tasha setuju dengan jemputan rakan2.. Tasha dah fikirkan kesannya.. But I know my limit.. Tapi Tasha x dapat nak control mulut orang yg tokok tambah cerita ni.. I don't like to be hypocrite.. Yes I when there but tiada tarian ghairah sprti yg digembar gemburkan.. Walaupun sedikit kecewa dgn statement tu tp Tasha, family Dan kawan2 yg dapat tau keadaan yg sebenar.. Tasha takkan Buat perkara yg memalukan yg boleh menjatuhkan karier Tasha.. Tasha redha and terima gossip ni sebagai asam garam dunia seni ini", jelas Tasha.

Itulah yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang bergelar selebriti. Lepas ni kalau nak sambut Birthday tak payahlah pergi kelab, walaupun kita tak buat, orang lain akan berkata yang tak elok juga. Maklumlah dah namanya kelab, banyak perkara yang buruk dari yang elok berlaku di situ. Apa kata sambut di KFC atau di Pizza Hut, rasanya mesti tak mendatangkan fitnah nanti.




1 ulasan:

NorHayati berkata...

http://sayap-kehidupanku.blogspot.com/ nak buat macam mana adat la jadi artis haha