Khamis, 9 Februari 2012

Persiapan Perkahwinan Yusri & Lisa Surihani- Tema 'French Vintage'.

Kurang lebih dua minggu saja lagi menjelang hari penting buat pasangan ideal Yusri dan Lisa Surihani. Kini bakal raja sehari ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi majlis akad nikah mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari ini. Acara ijabkabul akan diadakan di sebelah malamnya, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Kemudian majlis resepsi pula akan diadakan tiga hari selepas itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

“Alhamdulillah semua persiapan sedang diatur dan berjalan lancar. Kami baru selesai untuk food testing. Makanan untuk majlis nanti kami gunakan khidmat Kuzie Cathering. Barang-barang hantaran semua dah cukup, tinggal nak buat gubahan jer. ”, kata Lisa sewaktu dihubungi MD.

Difahamkan, pihak lelaki akan memberi sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Catering majlis perkahwinan Yusri & Lisa oleh Kuzie Catering
Bukan Lisa dan keluarga saja yang saat ni tak menang tangan menyusun atur persiapan. Malah kata Lisa, dia gembira kerana Yusri turut sama membantunya di samping memberikan pendapat.

Kongsi Lisa lagi, mereka berdua akan memakai busana rekaan Cosry untuk kedua-dua acara iaitu hari pernikahan dan persandingan. Memilih warna putih untuk persalinan akad nikah. Sementara persalinan berwarna ivory untuk majlis resepsi.

Mengadakan majlis sederhana (bak kata Lisa, simple dan elegan) dan pastinya meriah dengan warna dan konsep yang bakal menghiasi segenap ruang ballroom pada hari itu nanti, bersuasanakan ala 'French Vintage'. Tema tersebut diinspirasi daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) dan sememangnya idea dari mereka sendiri kerana masing-masing sukakan warna dan konsep sebegitu.

Sebelum ini ada khabar mengatakan majlis perkahwinan mereka akan mendapat liputan secara live dan eksklusif daripada Astro. Bagiamanapun jelas Lisa, tiada siaran live tetapi para peminat boleh menyaksikan majlis mereka menerusI dua episod istimewa yang akan bersiaran di Astro.

Diberi judul Eksklusif Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani, episod pertama akan bersiaran pada 25 Februari 2012. Manakala episod kedua akan bersiaran seminggu selepas majlis resepsi mereka.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan bulan madu, Lisa memberitahu dia dan Yusri memilih destinasi ke Eropah.

“InsyaAllah, beberapa hari selepas selesai majlis nanti kami akan luangkan masa melawat ke Eropah tapi kami belum putuskan lagi tempat-tempat mana yang kami nak pergi, ujarnya.

Apapun, sama-samalah kita doakan agar majlis perkahwinan pasangan ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Gambar terbaru Yusri & Lisa 

3 ulasan:

Unknown berkata...

2x ler yusry dpt wedding of the year..
btuah btuil

Lulu Caldina berkata...

bestnya ^_^

POPIA berkata...

Assalamualaikum w.b.t. :)

Ingin Dapatkan
Koleksi Design & Template
Kad Kahwin Terkini?
InsyaAllah CANTIK MENARIK TERTARIK!!
Buat Sendiri Kad Kahwin atau
Mulakan Bisnes Kad Kahwin
Sekarang Dengan Easykadkahwin...

Dapatkan Di Sini Segera:
http://www.easykadkahwin.com/hop.php?ref=diya

Nak Kahwin?
Tapi...TAK CUKUP DUIT?
Usah biarkan WANG jadi penghalang perkahwinan anda!
Ketahuilah Rahsia Mengumpul WANG Untuk Perkahwinan Anda.
http://www.maskahwin.com/hop.php?ref=diya