Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz. Zarina Anjoulie menyuarakan rasa kemarahannya terhadap penyanyi, Aliff Aziz atas sebab yang tidak diketahui. Zarina menyebut bahawa Aliff Aziz telah kantol menipu dan meminta agar penyanyi berwarganegara Singapura itu meminta maaf daripadanya secara peribadi.
Tidak pasti apa penipuan tersebut, tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada 'malam tersebut'. Situasi tegang itu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap mereka berdua. Jika melihat gambar mereka yang berpelukan separa mesra, sekaligus membuatkan ramai orang percaya bahawa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa. ????????
11 ulasan:
isyh... isyh ... usahler canang.. nanti yang malu diri sendiri gak...
Suka betul cari pasal
cho - rasanya dier xkisah pun malu ngan diri tu...sbb da biasa kot...LOL
that chick haa... aduiihh.. tak habis2...
Celebrity majalah and controversy.
Macam-macam. Huhu.
Tak rajin la nak fikir sangat pasal orang.. Muhasabah kekurangan diri sendiri sudah. ;)
membuka aib sendiri..
x malu,..
aish..
dia nak buka aib sendiri ka
nak jadi perhatian pihak media lah tu
dia tu hnya mhu mnaikkan nma dia... walaupun bnda tu mengaibkan.. maklumlah dah terdesak sangat nk popular..
Catat Ulasan