Sembilan individu membuat aduan itu yang dihantar kepada divisyen Kementerian Kehakiman, pihak yang menyiasat kessalah laku polis.
Afidavit dihimpunkan daripada wanita beberapa bulan lalu oleh PCAT, menggambarkan keadaan tiga tahun lalu yang menyaksikan wanita disoal siasat dimalukan, diancam atau didesak berdasarkan jantina, agama atau budaya.
Salah satua aduan diserahkan Isra Salhab, wartawan di Baitulmaqdis Timur yang berkata Shin Bet menghubunginya November lalu untuk bertemu suaminya sebelum ditahan untuk soal siasat.
“Mereka bogelkan saya, memeriksa dan menggari saya dan sekali lagi membogelkan saya untuk diperiksa. Mereka menyoal siasat sejak jam jam 7.45 pagi hingga 12.00 tengah malam.
“Mereka bertanya soal peribadi, mengenai perkahwinan dan hubungan saya sebelum ini. Mereka kata tahu banyak perkara mengenai saya tetapi tidak akan beritahu suami saya,” katanya.
Isra berkata, selepas disoal siasat beberapa hari, dia dibawa ke dalam bilik dengan empat penyiasat lelaki. Shin Bet menafikan aduan yang dibuat Isra dan beberapa wanita lain.
“Mereka tiada kes untuk bertanya saya. Mereka gunakan saya bagi menekan suami saya. Mereka bertanya mengenai masa lalu. Mereka beritahu akan cerita mengenai saya di Baitulmaqdis.
“Selepas beberapa lama, mereka bawa saya berjumpa suami dan memberitahu saya sudah ada anak dan dia perlu fikir semasak-masaknya mengenai apa yang dilakukannya.
“Ketika soal siasat, penyiasat duduk dekat saya dan menjerit supaya saya tidak bergerak,” katanya kepada akhbar Haaretz.
Suami Salhab, Shadi Zahda, dibicarakan sebagai antara orang yang didakwa terbabit penubuhan Hamas, bekerja mendapatkan sokongan kewangan dan moral untuk pertubuhan pejuang itu.
Beberapa keterangan mendedahkan penyiasat kerap duduk dekat wanita disoal yang tidak dapat bergerak kerana digari, amalan yang disangkal Pejabat Pendakwa.
Tali Fahima, wanita Yahudi Israel yang disabitkan dan dipenjarakan pada 2005 selama dua tahun kerana berhubungan dengan ejen asing dengan niat membahayakan keselamatan Israel, turut mengadu perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan