Neelofa mendakwa yang artikel tulisan Zubir Berita Harian hujung minggu lalu merupakan 100% fitnah dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ke hari ini.
Tanpa mudah melatah, Neelofa yang agak kecewa dengan kenyataan Anzalna, juga seorang artis, yang memburukkan dirinya.
Bagaimanapun dia tidak mahu mengambil tindakan saman.
Sebaliknya juara Dewi Remaja 2010 ini mengemukakan dua tuntutan terhadap Anzalna iaitu memberikan bukti dan penjelasan lanjut dalam tempoh tujuh hari. Kegagalan untuk memberikan jawapan akan menyebabkan tindakan undang undang
Tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bergantung kepada respons Anzalna kelak.

Neelofa hadir ditemani dua peguamnya iaitu Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ahmad Hidayat Md Nor.
update
NEELOFA memberi tempoh seminggu kepada pelakon, Anzalna Nasir, untuk memberikan penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya seperti diluahkan dalam akhbar sisipan Berita Minggu, B*Pop, 10 Jun lalu, yang dilihat menjejaskan imej serta periuk nasinya sebagai artis.
Dalam laporan itu, Anzalna mendakwa dia juga menerima nasib sama seperti dialami Tasha Shilla akibat sikap Neelofa. Malah dia terlebih dulu menjadi mangsa ketidakpuasan hati pelakon dan pengacara itu ketika mereka samasama bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja.

Anzalna turut mendakwa, Neelofa mencipta akaun Facebook Kami Benci Anzalna selain menghina keluarganya menerusi lama sosial keluarganya.
Neelofa, pada sidang media tergempar di Bandar Utama, semalam, selain menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sambil menganggap kenyataan Anzalna itu sebagai kasar dan lantang.
Kata pelakon berusia 24 tahun itu, setelah melalui perbincangan bersama dua peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak Ahad lalu, dia mengambil keputusan untuk mengambil tindakan terhadap Anzalna melalui saluran yang difikirkannya tepat.
Saya perlu mengambil tindakan dengan menghantar notis tuntutan meminta dia membuktikan semua dakwaannya itu. Walaupun dalam artikel yang dikeluarkan itu banyak memfitnah diri saya, tetapi saya cuma mahu dua perkara itu saja daripadanya.
Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah 100 peratus tidak benar. Saya juga ada meminta pandangan ahli keluarga. Ayah menasihatkan saya mengambil tindakan dan memberitahu, saya tidak boleh berdiam diri lagi, katanya.
Neelofa turut menjelaskan kenapa menggunakan saluran undang-undang, sedangkan sebelum ini hanya berdiam diri dengan kenyataan dikeluarkan daripada artis lain terhadapnya.
Sebelum ini memang saya banyak terkena dengan artis lain.
Tetapi, kali ini saya melihat kenyataan Anzalna kasar dan mengejutkan saya. Oleh itu, daripada saya menggunakan media seperti televisyen mahupun akhbar, lebih baik saya mengambil tindakan dengan cara yang bijak dan matang.
Selepas notis tuntutan itu dikeluarkan, ia bergantung kepada dia untuk tindakan seterusnya.
Saya minta dia membalas notis tuntutan itu nanti. Setakat ini, saya hanya memerlukan dia melakukan dua perkara yang saya tuntut daripadanya. Selepas itu baru boleh memikirkan tindakan seterusnya.
Saya mahu penjelasan berhubung kenyataannya yang mendakwa saya mencipta facebook untuk menghina keluarganya dan saya mahu lihat bukti itu dan apa penjelasannya berkenaan kenyataan kononnya saya menghina keluarganya, katanya.
Mengakui tidak rapat dengan Anzalna, Neelofa tidak menafikan dia pernah berselisih faham dengan artis itu tetapi menganggap ia sebagai perkara biasa.
Biasalah untuk mana-mana program realiti, pastinya ada persengketaan yang wujud antara peserta.
Tetapi bukan saya dengannya saja, yang lain juga melalui perkara yang sama. Saya pula anggap perkara itu habis setakat itu saja kerana ia hanyalah persaingan sesama peserta.
Selepas menang pertandingan itu, dia dan keluarganya mengatakan saya tidak layak untuk menang dan bermulalah pergaduhan antara peminat saya dan peminatnya.
Jadi, mungkin itu sebabnya dia ingat saya yang mencipta akaun itu, katanya yang memberi pandangan pergaduhan antara artis hanya menjatuhkan martabat golongan itu saja.
1 ulasan:
dilanda kontroversi sudah neelofa.. huuuuuuuuuuuuuu
Catat Ulasan