Majlis akad nikah itu mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat masalah elektrik, namun semuanya dapat diselesaikan sejam kemudian.
Pihak pengantin lelaki pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kek, kelengkapan solat, manisan, wangian daripada jenama Annick Goutal, sebentuk cincin, sirih junjung dan mas kahwin serta wang hantaran RM50,300.
Majlis akad nikah ini bagaikan mengangkat warna putih sebagai tema dan konsep kerana selain busana Ella dan persalinan Azhar yang mengenakan warna ini, dekorasi dan hiasan di setiap sudut di kediamannya juga menggunakan warna putih termasuk bunga-bungaan.
Ella disolek kakaknya, Saidatul Nisa yang juga jurumekap terkenal selain bajunya direka khas pereka fesyen popular, Syaiful Bahrim.
Majlis resepsinya pula akan diadakan pada 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
Gambar Majlis Berinai Penyanyi Ella
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar
2 ulasan:
tulisan yang berada di kek sangat comel...hehe
Thniah semoga kekal bahagia selamanya.
Catat Ulasan