Perkara yang susah nak difikirkan setelah menyiapkan beg. Nak letak nama beg. Nak letak nama orang ke, nama bunga ke. Nak letak nama anak tak boleh pula, semua lelaki, tak sesuai. Kalau ada sesiapa yang sudi beri nama beritahu lah ya. Tapi tak de hadiah lah.
Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pelanggan saya yang menempah handbag ini kerana kesabarannya yang amat tinggi menunggu beg ini siap. Sebab menunggu re-stock kain vintage ini lambat dan juga kerana demam saya tempoh hari. Kali ini pelanggan saya menempah handbag dengan clutch beg sekali. Sedondon gitu.
Ukuran handbag
Tinggi 11"
panjang 13"
lebar 4"
Mempunyai 2 poket bahagian depan
1 poket berzip dan 2 poket bahagian dalam beg
Zip bahagian atas beg
Jika berminat boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html
1 ulasan:
Cantiknyaa.. Berapa rm honey?? Mcm teringin
Catat Ulasan