Isnin, 19 Disember 2016

Membuat Beg (Frame Kiss Lock)

 Dapat pola baru.Sebelum bagi FREE kepada pelanggan harus lah di cuba dulu. Frame bag atau ada juga yang panggil frame kiss lock. Apa pun namanya, nampak macam senang, tapi bila buatnya tak lah sesenang yang disangka.

Sebenarnya step buat frame kiss lock ni mudah, cuma part nak jahit tangan tu sahaja yang menguji kesabaran dan ketahanan sikit. Sakit juga jari bila menjahit sekeliling frame tu. Dapat pula frame ini bersaiz 27cm.

Untuk pelanggan yang membeli  frame kiss lock ini akan di beri PERCUMA pola nya sekali. Boleh ke page https://www.facebook.com/heavycottononline/ untuk melihat lebih banyak aksesori beg yang lain.


Tiada ulasan: