Apa kelebihan jadi tukang jahit ni?. Kalau saya pula apa kelebihan jadi bag maker? Ermm...bagi saya
Disebabkan saya memang suka menjahit, bila saya buat beg tu sudah pastilah dengan minat dan penuh sentuhan kasih sayang.
Hobi saya bila pergi shopping atau masuk pasaraya besar, saya pasti akan pergi kebahagian handbag. Bukan untuk beli tapi cari idea dan ambil tahu apakah aksesori terkini yang digunakan. Jadi tak perlulah beli, boleh buat sendiri kiranya macam 'inspired by '. kadang-kadang lebih cantik dan berqualiti dari brand original.
Bila musim cuti sekolah atau pun awal persekolahan, selalunya bag maker ni paling sibuk ambil tempahan. Beg yang banyak ditempah ialah bagpack dan pencil case. Kalau yang expert buat bagpack tu memang masyuk lah... Bukan apa, bila kita tempah, boleh pilih kain dan corak yang anak suka, lepas tu selalunya bagpack ni boleh digunakan sampai akhir tahun, ada tu bila dah dibasuh boleh terlajak 2 tahun guna. Berbanding bila kita beli dikedai, ada yang belum sampai 6 bulan je dah koyak. kalau anak ramai yang bersekolah tu, bila pandai jahit sendiri beg, berapa banyak boleh jimatkan.
Selalunya bag maker ini ada banyak group. Seronok bila join group sebab boleh dapat banyak ilmu free. Kebanyakkan mereka tidak kedekut ilmu bila kita bertanya. Kalau yang nak ilmu advance, boleh je join kelas berbayar yang dibuat oleh bag maker yang dah lama dalam bidang ini.
Percayalah bila kita dah jatuh cinta dengan barangan handmade, dan pandai pula menjahit beg, dah tak pandang handbag yang dijual dikedai. Rasa bila nak beli je, mesti dalam hati berkata 'Lebih baik buat sendiri dari beli mahal-mahal dan ada part yang kita tak puas hati, contoh tak banyak poket, saiz tak besar, atau kecil sangat, warna tak sama dengan baju lah'..macam-macam lagi.
Bagi saya, bila keluar pergi kemana-mana memang bawa handbag yang saya buat sendiri. Kira boleh bangga dan nampak eksklusif bila orang pandang. (kau cari lah kat kedai memang tak jumpalah yang sebijik macam ni).
Kalau pening nak bagi hadiah kat orang sebab nak nampak lain dari yang lain atau eksklusif sangat, barangan handmade adalah jawapannya. Jadi peluang untuk hadiah itu dihargai dan di ingati adalah tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan