Salam sayang untuk semua bag makers dan mengunjung blog ct N honey. Ada banyak material baru, yang saya order dah sampai. Seperti biasa semua material yang masuk di kedai kecik saya http://www.bebagmaker.com/ akan di check dulu terutama qualitinya. Salah satunya adalah material PU leather kulit buaya. Entah kenapa semenjak isu beg Kah Mah, ramai pula bag makers yang minta. Naik saham kulit buaya ni sekarang.
Inilah hasil kulit buaya yang sedang dijual di kedai kecik saya sekarang. Sesuai untuk dibuat beg sebab tebalnya 1mm. Jadi tak perlu letak mengeras/batting.Hanya bahagian lining saja saya letak instant batting 200g. Bila jahit pun tak ada masalah, senang je. Jika menjahit mengunakan material kulit buaya ini saya cadangkan pilihlah pattern yang sesuai untuk lebih menyerlahkan hasil kita itu. Handbag saiz kecil sangat sesuai. Untuk kali ini saya menggunakan pattern the brigitte baguatte dari RLR creations.
Saya rasa persamaan Birkin Hermes dengan handmade kita adalah beg yang dihasilkan adalah sangat teliti,limited dan dijahit dengan sepenuh kasih sayang yang dibuat khas untuk pelanggan yang menempah. Walaupun kita tak dapat atau boleh kata tak mampu nak membeli Birkin cukuplah kita dapat mengembirakan hati pelanggan yang dapat memiliki handmade buatan kita.
Jika berkenan dengan material dan aksesori yang digunakan bolehlah ke http://www.bebagmaker.com/ dan yang lebih best bila shopping di website pelanggan akan menerima diskaun 5% dengan syarat masukkan kod diskaun ------------ bebagmaker----------- semasa proses pembelian. Tarikh tutup diskaun akan berlaku pada bila-bila masa je. Jadi jangan lambat ye shopping.TQ
1 ulasan:
cantiknye, warna putih tu....
Catat Ulasan