Konstabel Mohd kamil-Polis yang dibelasah di Bersih 3.0 |
Itulah pengakuan anggota polis, Konstabel Mohd. Kamil Paimin, 24, yang cedera di kepala dan muka akibat dibelasah sekumpulan perusuh perhimpunan Bersih 3.0 di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini semalam.
Menceritakan kejadian itu, Mohd. Kamil memberitahu, ketika itu, kira-kira pukul 4.15 petang, dia memandu kereta polis jenis Proton Waja menghala ke Jalan Masjid India dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.
Rakaman video menunjukkan kereta itu kemudian terbabas ke kaki lima tetapi tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai yang berada di kawasan itu cedera dalam kemalangan tersebut kerana tiada laporan dibuat setakat ini.
Dakwaan sesetengah pihak bahawa kereta itu diterbalikkan penyokong Bersih untuk mencederakan Kamil juga tidak dapat dipastikan kerana ada sumber mengatakan kenderaan itu disengetkan bagi mencari sama ada terdapat mangsa tersepit di bawah kereta.
Menceritakan semula kejadian itu, Kamil berkata, dia diarah membawa kereta tersebut untuk mengambil anggota polis lain, apabila diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.
“Ketika saya mula masuk ke dalam kelompok penyokong itu, keadaan masih terkawal, tetapi mereka tiba-tiba menyerang.
“Mereka membaling batu, botol, kon polis dan objek lain ke arah tingkap kereta, dan satu benda keras terkena kepala saya.
“Saya tak sempat minta bantuan rakan dan terus pengsan. Saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Kamil, yang baru dua tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, juga bersyukur selepas mengetahui jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, membantunya ketika diserang.
Namun, Azri juga cedera di kepala kerana dipukul sekumpulan kecil individu dipercayai peserta perhimpunan semasa cuba membantu Kamil dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu.
“Saya suruh mereka berhenti serang saya tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Nasib saya baik kerana orang lain di kawasan itu membantu saya, dan kamera saya juga selamat,” katanya di sinarharian , Azri juga turut menerima rawatan di HKL.

Kereta polis diterbalikkan di Bersih 3.0 |
Susulan kejadian itu, Polis sudah mengenal pasti identiti peserta Bersih 3.0 yang bertindak ganas menyerang dan merosakkan kenderaan pasukan itu semasa perhimpunan di ibu negara semalam.
Sumber berkata, identiti mereka berjaya dikenal pasti berdasarkan gambar-gambar yang diambil melalui rakaman video semasa kejadian tersebut.
Beliau berkata, siasatan lanjut dan usaha mengesan mereka kini sedang giat dilakukan termasuk mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar.
"Pihak polis mempunyai banyak rakaman video semasa perhimpunan Bersih 3.0 semalam, termasuk insiden provokasi dan serangan ganas terhadap anggota pasukan itu.
"Beberapa gambar peserta yang terlibat menyerang polis sedang dikumpulkan dan ada di kalangan mereka identitinya sudah dikenal pasti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

1 ulasan:
sampai bile nih??
Catat Ulasan