Selasa, 17 Julai 2012

8 Gambar Adi Putra Di Majlis Meraikan Peminat Kelab HotLovers (PWTC)

Disebalik kejayaan pelakon Ady Putra berusia 31 tahun ini, ada peminat yang menggelarkan mereka Hotlovers yang sentiasa setia bersamanya ketika saat jatuh bangun dan susah senang. 

Hotlovers yang digerakkan 15 peminat diketuai Che Zaipah Ab Muttalib. Justeru, mengambil kira sokongan yang diberikan dan sebagai tanda berterima kasih, Adi Putra meraikan peminatnya dengan cara yang begitu istimewa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Julai lalu dari jam 2 hingga 6 petang. Melalui kelab peminat hotlovers ini, Ady Putra mempunyai peminat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan sejauh London. Ady Putra telah hadir bersama isteri tercinta, Zuhaida Yusof, 37.








“Tujuan utama majlis ini diadakan untuk meraikan ulang tahun pertama Hotlovers yang banyak menyokong penampilan saya dalam seni. Untuk itu, saya merancang tampil dengan kejutan buat mereka yang menyertainya.

“Disebabkan ia hari yang istimewa, saya menghiburkan mereka dengan menyampaikan beberapa lagu ciptaan saya yang pernah dimuatkan dalam drama", katanya

Menerusi Hotlovers juga, saya merancang buat aktiviti menonton filem lakonan saya. Kami akan bergerak seperti satu keluarga. Saya menghargai peminat yang menyokong dan sentiasa undi saya,” katanya yang memberitahu sudah lama tidak bertemu peminat dalam program ini.

Sementara itu, Che Zaipah menjelaskan, nama Hotlovers dipilih berdasarkan karakter Adi sendiri. Mereka gembira kerana setiap sesi yang diadakan sering mendapat sambutan peminat.

Hotlovers masih baru, namun kami merancang buat pelbagai aktiviti bersama Adi antaranya trip percutian.

Peminat boleh mendapatkan perkembangan lanjut menerusi fan page Ady Putra Fanpage, laman sosial facebook Adphotlovers dan twitter @ADPadiputra dan @ADPutrahot.


Tiada ulasan: