“Ia adalah isu lama yang berbangkit.”
Gambar Instagram nampak rambut |
Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung. Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.
Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat. Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.
Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.
Ujarnya: “Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang.
“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini.”
Siti bagaimanapun berkata: “Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.
Ditanya tentang pembatalan konsert Sami Yusuf yang membabitkannya pada 14 Julai lalu namun dibatalkan pada saat akhir, Siti melahirkan rasa kecewa kerana dia hanya dimaklumkan tentang pembatalan tersebut tiga hari sebelum konsert tersebut berlangsung.
Namun katanya dia percaya bahawa peminat Sami lebih kecewa kerana gagal untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka itu beraksi di Malaysia buat pertama kali.
"Jika konsert tersebut akan kembali diadakan, saya sudi bekerjasama jika ia tidak berlanggar dengan jadual kerja saya yang lain," katanya yang berduet dengan Sami untuk lagu Here Came To You.
Sementara itu, saat ditanya mengenai perkembangan terkini, Siti memberitahu dia bakal muncul dengan produk kosmestik terkini dari jenamanya, SimplySiti selain memaklumkan akan berehat daripada mengadakan sebarang persembahan pada bulan Ramadan ini.

9 ulasan:
dia ada suami yang akan menanggung segala dosa nya tak perlulah pulak kita menambah dosa kita
@Joanna Yunus
setuju.siapalah kita
tak perlulah kita nak sibuk-sibuk
setuju sangat...x perlu bz body.
siti bkan truk sgt, lgipun jarang buat kontroversi, die nk pkai tudung ke x, itu datuk k yg tggung
meinlandmalaysia.blogspot.com
Aurat tetap aurat.. itu hakikatnya.. Tutuplah seaik mungkin sebelum mata kita tertutup.. Ringankan bebanan suami wahai isteri2 agar tidak berat menanggung diakhirat nanti..
hmm bila la dato nk btudung pnh agaknyek
http://www.kotak-lirik-lagu.com
Hakikatnya, aurat tetap aurat.
Dosa bila kita sengaja dedahkan. Itu memang pasti, iada pertikaian lagi.
Iye betul suaminye yang tanggung..Tapi siape yang boleh menegur dgn cara yang baik, silakan tegur...memang benda yang dia buat tu tak betul kan?
yang nak pakai tudung tu pakailah. Jangan tuduh sembarangan kepada yang tak pakai. Al-Quran pun tak ada ayat sebut wajib pakai tudung. Dah beratus tahun orang melayu peluk Islam ( datuk nenek moyang kita) sebelum ini tak jumpa pun hukum dalam Quran pakai tudung, sebab tu tak ada orang dulu pakai tudung. Guru agama kita dulu-dulu pun hebat tapi tak ada pun suruh pakai tudung. Kalau betul wajib bertudung, bilakah hukum ni wajib keatas wanita? selepas akil baligh? Mana nas nya? tak pernah dengar pun. ini budak tadika dan nenek tua pun nak kena pakai tudung.. pikirlah...tipikal melayu hanya ikut cakap ustaz/ustazah. Entah betul atau tidak tak perlu fikir dan periksa...
baca ayat surah An-Nur ayat 31 betul-betul...
Catat Ulasan